Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 April 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

14

Soalan

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan dan projek tebatan banjir Sungai Kelantan akan mengurangkan risiko kerosakan rumah dan harta benda penduduk Kelantan apabila dilanda banjir semasa musim tengkujuh di setiap hujung tahun.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sememangnya mempunyai perancangan yang teliti dan secara jangka panjang dalam usaha menangani masalah banjir dan kesannya terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta ketidakselesaan kehidupan rakyat di Lembangan Sungai Kelantan. 

Bagi menyelesaikan masalah banjir secara menyeluruh di Lembangan Sungai Kelantan kos yang besar diperlukan iaitu hampir RM 10 Billion termasuk cadangan pembinaan 2 buah empangan dan juga pembinaan ban serta lain-lain struktur yang berkaitan. Oleh itu NRE telah merancang agar projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dilaksanakan secara berperingkat atau berfasa bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan.

Kerajaan Persekutuan yang prihatin dan mengambil berat berkenaan dengan masalah rakyat telah meluluskan perlaksanaan projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dengan Kos berjumlah RM 572 Juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan projek tersebut telah pun dimulakan dengan melantik kontraktor bagi kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan. Fasa-fasa seterusnya dijangka dilaksanakan setelah siap fasa pertama. Selain itu bagi menangani dan mengurangkan kejadian banjir, tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa negeri juga amat penting iaitu dengan mengawal aktiviti pembangunan dan pembukaan tanah yang banyak menyumbang kepada kejadian banjir kilat akibat peningkatan aliran permukaan ketika hujan yang juga membawa kelodak dan endapan masuk dan menyebabkan sungai-sungai menjadi cetek dan kualiti air terjejas.

Sekian, terima kasih.

Attachments