Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah, Air

Nombor Soalan

32

Soalan

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan jangka panjang mengatasi masalah hakisan pantai dan pemendapan pasir di muara-muara sungai di Pantai Timur Semenanjung.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)giat menjalankan kajian bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Malaysia. NAHRIM melalui kajiannya yang terkini pada tahun 2017 telah mengunjurkan kenaikan aras laut di Pesisir Pantai Timur Malaysia antara 0.7 -0.71 m pada tahun 2100.Kenaikan aras laut yang merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan hakisan pantai.
Pada masa yang sama, JPS jugatelah dan sedang melaksanakajian perancangan jangka masa panjang dalam mengatasi masalah hakisan bagi mengenalpasti isu-isu dan kaedah penyelesaian contohnya Integrated Shoreline Management Plan(ISMP). ISMPbagi negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan siap menjelang tahun 2020. Sementara ISMP Pahang telah disiapkan pada tahun 2005. Kajian tersebut mengambilkira isu berkaitan masalah hakisan, muara dan juga guna tanah sepanjang pesisiran pantai.

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilaksanakan, JPS akan mengenalpasti projek-projek untuk dilaksanakan.Antara projek hakisan pantai dan pengorekan muara yangtelah diluluskan di bawah RMKe-11 di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalahseperti berikut;
 
1. Projek Mencegah Hakisan Pantai Di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu (Fasa 2), Terengganu;
2. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Kuala Nerus, Terengganu;
3. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu;
4. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Terengganu;
5. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang, Terengganu;
6. Projek Pemuliharaan Muara Sg.Setiu, Terengganu;
7. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Mek Mas Pantai Kundur, Kota Bharu, Kelantan;
8. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kg. Tg. Batu, Nenasi Pekan Pahang; dan
9. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang (Fasa 3) Daerah Pekan, Pahang.
Sekian, terima kasih
Attachments