Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

163

Soalan

TUAN FONG KUI LUN [BUKIT BINTANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keperluan untuk berunding semula dengan Kerajaan Singapura berhubung perjanjian pembelian air yang mengenakan harga pembelian 3 sen pada setiap 1000 gelen yang dianggap tidak masuk akal pada masa sekarang dan apakah tindakan jika Kerajaan Singapura enggan bertolak ansur dengan terma perjanjian baru yang dicadangkan itu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Johor dan Singapura pada 29 September 1962 dan akan berakhir pada tahun 2061. Berdasarkan perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Johor perlu membekalkan sebanyak 250 juta galen sehari (MGD) air mentah ke Singapura dengan kadar RM0.03 bagi setiap 1,000 gelen. Manakala Kerajaan Negeri Johor berhak untuk membeli sebanyak 2% iaitu 5 MGD atau 22.73 juta liter sehari (JLH) air terawat daripada 250 MGD air tersebut dengan kadar RM0.50 bagi setiap 1,000 gelen.

2. Berdasarkan perjanjian tersebut, harga penjualan air antara Malaysia dan Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun di mana ia masih belum dikaji semula sehingga kini.

3. Untuk makluman, Kementerian bersama Wisma Putra sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Singapura berhubung Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini. Sebarang kajian semula akan melalui proses rundingan antara dua pihak sebelum dimeterai.

4. Kementerian sentiasa bersedia sekiranya Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini ingin dikaji semula. Namun begitu, pelbagai aspek perlu diteliti dengan mengambil kira kepentingan negara bagi sektor selain daripada air yang dikhuatiri akan terkesan dengan rundingan semula perjanjian ini. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura juga perlu diutamakan.

Sekian, terima kasih

Attachments