Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

197

Soalan

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI AIR, TANAH DANSUMBER ASLI menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tambatan banjir di dalam kawasan Parlimen Maran.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

KementerianAir, Tanah Dan Sumber Aslimelalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan pelan tindakan bagi persediaan menghadapi banjirseperti berikut;

1) Meningkatkan keupayaan ramalan dan amaran banjir di seluruh Negara melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara, PRAB (National Flood Forecasting and Warning Program) dengan membuat ramalan banjir monsun 7 hari lebih awal dan Memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal kepada agensi-agensi yang berkaitan dan penduduk yang terjejas akibat banjir;

2) Penyediaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian pelan induk saliran yang menggunakan konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

3) Penyediaan pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi 25 buah lembangan sungai utama di Malaysia bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di dalam lembangan sungai yang berkenaan yang boleh mengurangkan risiko banjir;

4) Menjalankan kajian komprehensif penyelesaian jangka panjang dalam memerangi banjir kilat di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan; dan

5) Menyediakan peta hazard banjir iaitu merupakan satu peta yang telah dihasilkan menggunakan permodelan hidrodinamik yang menunjukkan keluasan dan kedalaman banjir berdasarkan kepada tempoh ulangan (ARI) tertentu

Bagi mengatasi masalah banjir di Maran, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Maran -Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Maran, Daerah Maran, Pahang dengan anggaan kos sebanyak RM24 jutatelah dipohon di dalam Rolling Plan4 (2019)RMKe-11.

Sekian, terima kasih

Attachments