Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

236

Soalan

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek tebatan banjir di Melaka, dan apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir, khasnya di Melaka.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak empat(4)projek Rancangan TebatanBanjir (RTB) di dalam RMKe-11 bagi Negeri Melakauntuk menyelesaikan masalah banjir di Melaka iaitu:

1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Duyong;

2. Rancangan Tebatan Banjir Bandar Jasin ;

3. RancanganTebatan Banjir Bandar Merlimau; dan

4. Rancangan Tebatan Banjir Alor Gajah Fasa I, Daerah Alor Gajah, Melaka

Kesemua projek RTB ini masih diperingkat rekabentuk

Selain itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah dan sedang melaksanakan projek Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah secara berperingkat yang mengandungi beberapa fasa dan pakej seperti yang berikut:

1. Menaiktaraf Sistem Saliran Bandar Bagi Mengatasi Banjir Kilat Di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 1;

2. Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 1);

3. Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir Kilat Di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 2); dan

 

4. Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir Kilat Di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 2A)

Langkah-langkah lain yang diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah banjir adalah :

a) Melaksanakan kawalan pembangunan iaitu penggunaan manual saliran mesra alam dalam kerja-kerja pembangunantanah; dan

b) Melaksana kerja-kerja pemulihan muara-muara sungai di Melaka bagi mendalamkan muara sungai supaya air dapat dialirkan dengan cepat.

Sekian, terima kasih

Attachments