Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

238

Soalan

YB Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status permohonan pelepasan tanah persekutuan di Lot 3240 Plot A, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah, oleh Kerajaan Negeri Melaka, dan adakah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersetuju memindahkan hak miliknya supaya boleh ditawarkan kepada penduduk tempatan untuk pembangunan kediaman.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah menerima permohonan serah balik keseluruhan tanah milik Persekutuan Lot 3240 Geran 10590, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah, Melaka berkeluasan 3.382 hektar daripada Kerajaan Negeri diterima pada 26 Mac 2013. Permohonan serah balik tersebut bertujuan menyelesaikan isu pemberimilikan tanah kepada penduduk yang telah pun menduduki tanah tersebut.

Pada dasarnya, PTP tiada halangan untuk penyerahan balik tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri Melaka tertakluk kepada pampasan yang setimpal supaya kepentingan Kerajaan Persekutuan diurus sebaik mungkin di samping memastikan proses serah balik tanah berkenaan mematuhi Perkara 86 Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya, pada 18 April 2013, PTP telah memohon maklum balas daripada pihak Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Melaka mengenai kaedah pampasan yang akan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri sama ada dalam bentuk tanah ganti atau bayaran pampasan.

Pada 17 Jun 2015, PTP sekali lagi membuat susulan ke atas maklumat berkenaan dan sehingga kini, masih belum menerima sebarang maklumbalas mengenainya.

Sekian, terima kasih.

Attachments