Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

279

Soalan

Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kementerian bagi memastikan permohonan untuk membangunkan pesisiran tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar dilaksanakan dalam kadar segera.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukan sebanyak RM250 juta bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa1dalam RMKe-11.Pembangunan pesisiran tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar akan dilaksanakandi bawah projek ini iaitu di dalam komponen Rancangan Pemulihan Koridor Sungai, bike trail dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Siput Chandan di daerah Kuala Kangsar. Projek ini kini dalam peringkat reka bentuk dan pelaksanaannya dijangka pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih

Attachments