Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

323

Soalan

 ​ TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ [BACHOK] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap kemelut isu air Malaysia-Singapura yang dibangkitkan tempoh hari.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Johor dan Singapura pada 29 September 1962 dan akan berakhir pada tahun 2061. Berdasarkan perjanjian tersebut, harga penjualan air antara Malaysia dan Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun.

2. Untuk makluman, Kementerian bersama Wisma Putra sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Singapura berhubung Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini. Sebarang kajian semula akan melalui proses rundingan antara dua pihak sebelum dimeterai.

3. Seperti mana kenyataan oleh YAB Perdana Menteri, kajian semula harga penjualan air ini bukan merupakan keutamaan negara pada masa ini. Namun begitu, Kementerian sentiasa bersedia sekiranya Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini ingin dikaji semula.

4. Dalam perkara ini, pelbagai aspek perlu diteliti dengan mengambil kira kepentingan negara bagi sektor selain daripada air yang dikhuatiri akan terkesan dengan rundingan semula perjanjian ini. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura juga perlu diutamakan.

Sekian, terima kasih.


Attachments