Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

372

Soalan

​​YB Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu dilindungi serta apakah mekanisme Kerajaan untuk menggantikan semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar status nilai tanah yang sama atau lebih tinggi.

Jawapan

​

Tuan Yang di-Pertua,

Urusan perizaban Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.

Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan pengurusan dan perundangan tanah..

Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung tindakan Kerajaan dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu dilindungi serta mekanisme Kerajaan untuk menggantikan semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar dengan status nilai tanah yang sama atau lebih tinggi adalah lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

​

Attachments