Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

379

Soalan

​​​Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah projek tebatan kawasan banjir yang telah dilaksanakan di Kedah bagi tahun 2015 sehingga 2018.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah melaksanakan enam(6) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Kedah bagi tahun 2015 sehingga 2018seperti berikut:

1) RTB Sg Muda –Projek dilaksanakan di bawah RMKe-8 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

2) RTB Sg Kedah/Anak Bukit -dalam pelaksanaan

- Tarikh mula : 20 Jun2011

- Tarikh siap : 27 Ogos 2019

3) RTBSg Pendang -dalam pelaksanaan

- Tarikh mula : 30 April 2018

- Tarikh siap : 29 April 2021

- Kos Projek : RM107.96 Juta

4) RTB Changloon -dalam pelaksanaan

- Tarikh mula : 30 Oktober 2016

- Tarikh siap : 10 Januari 2019

- Kos Projek : RM8.1 Juta

 

5) RTB Baling -dalam peringkat rekabentuk dan tender

- Siling Kos Projek : RM15 Juta

6) RTB Jitra –dalam peringkat rekabentuk

- Siling Kos Projek : RM45 Juta

Sekian, terima kasih


Attachments