Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

479

Soalan

TUAN WONG HON WAI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:
 
a) pendirian Kementerian terhadap Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) yang dicadang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan apakah status atau halangan yang perlu diatasi; dan

b) huraikan rancangan memastikan pembekalan air minum stabil untuk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia menjelang 2030 sejajar dengan pembangunan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan perbincangan terdahulu, kedua-dua negeri mempunyai hasrat yang berbeza berhubung Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWTS) di mana Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk menjual air terawat, manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharat untuk membeli bekalan air mentah.

2. Memandangkan sumber air adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, pelaksanaan SPRWTS perlu mendapat persetujuan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak terlebih dahulu.

3. Sekiranya persetujuan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak telah dicapai, maka cadangan tersebut bolehlah diangkat untuk kajian dan penelitian Kerajaan Persekutuan bagi tindakan seterusnya.

4. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bersedia untuk mengadakan mesyuarat bersama dengan kedua-dua Kerajaan

 

Negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang dengan bertindak sebagai pemudahcara terhadap hasrat tersebut.

Yang di-Pertua,

5. Bagi memastikan pembekalan air minum stabil untuk negeri-negeri utara, Kerajaan Persekutusan telah melaksanakan beberapa projek bekalan air seperti berikut:

Pulau Pinang

i. Pelan perniagaan negeri Pulau Pinang bagi tempoh operasi ketiga (OP3) selama 3 tahun dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019, meliputi perbelanjaan modal (CAPEX) utama yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat. Antara projek di bawah peruntukan dalaman adalah seperti pemasangan paip ( submarine pipeline ) bersaiz 1200mm bagi meningkatkan kapasiti bekalan air ke bahagian pulau dan Bukit Dumbar Reservoir 4.

ii. Projek di bawah peruntukan RMKe-11 iaitu Pembesaran Empangan Mengkuang di mana ia melibatkan:

 

(a) Fasa 1 – Pembinaan Empangan dan kerja-kerja berkaitan;

(b) Fasa 2 – Menaik taraf rumah pam Mak Sulong; dan

(c) Fasa 3 – Penyaluran paip air mentah dari rumah am Mak Sulong ke Terusan Sg. Dua.

Perak

i. Pelan perniagaan negeri Perak bagi tempoh operasi ketiga (OP3) selama 3 tahun dari 1 Mei 2018 hingga 30 April 2021, senarai projek CAPEX yang dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat di bawah peruntukan dalaman Lembaga Air Perak (LAP) adalah seperti berikut:

(a) menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kg. Senawar Kuala Kangsar (22.73 JLH), di LRA Kg. Jong, Gerik (19.32 JLH), LRA Sg. Dara, Daerah Mualim (22JLH) dan LRA Gunung Semanggol (14JLH);

(b) menaik taraf Empangan Sg. Kinta dengan pembinaan pra-rawatan bagi LRA Sg. Kinta;

(c) projek pemasangan paip di Tanjung Tualang, Tronoh, Manjung, Larut, Matang, Selama dan Batang Padang;

(d) projek pembinaan kolam di Setiawan, Taiping dan Permatang Raja; dan

 

(e) program pengurangan Non-Revenue Water (NRW) di kawasan bekalan air LAP Wilayah Tengah 1, Wilayah Barat dan Wilayah Selatan (Daerah Hilir Perak).

ii. Projek di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah LRA (Baru) dan LRA Sg. Rawa, Bagan Serai (40JLH).

iii. Projek di bawah peruntukan RMKe-11 seperti kajian kemungkinan pembinaan baraj di Sg. Bernam untuk bekalan air Bagan Datoh dan pembinaan sistem Off-River Storage (ORS) di kawasan Wilayah Tengah LAP.

Kedah

i. Pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) sedang dalam pelaksanaan projek infrastruktur yang diluluskan di bawah peruntukan RMKe-11 seperti berikut:

(a) Menaik taraf LRA Jenun Baru (55 juta liter sehari (JLH);

(b) membina LRA Pelubang Fasa II (227 JLH);

(c) membaik pulih LRA Bkt. Serambau (40 JLH);

(d) menaik taraf LRA Sg Limau (22 JLH); dan

(e) menaik taraf LRA Lubuk Buntar (34 JLH).

 

ii. Projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air tersebut dijangka akan disiapkan pada tahun 2020 yang akan memberi manfaat kepada pengguna-pengguna di Daerah Pendang, Yan dan Gurun, Kubang Pasu dan Kota Setar, Utara, Baling dan Bandar Baharu.

iii. Selain itu, melalui pelan tindakan program pengurangan NRW di bawah Pendekatan 1 adalah pembangunan fasiliti pengukuran asas bagi mendapatkan bacaan NRW secara tepat untuk negeri yang mempunyai NRW melebihi 40%. Program NRW Kebangsaan ini dijalankan dari tahun 2017 sehingga 2020.

iv. Negeri Kedah adalah di antara negeri-negeri yang masih belum berhijrah ke rejim PAAB. Sekiranya Kedah berhijrah maka projek-projek yang telah dicadangkan dalam Pelan Perniagaan SADA yang bernilai RM50 juta sepanjang tahun 2018 sehingga 2020 akan dapat dilaksanakan dengan bantuan pinjaman daripada PAAB.

v. Selain Kementerian ini, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan kawasan Felda turut diberikan oleh Kementerian

 

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Felda seperti senarai yang berikut yang dijangka siap dari tahun 2018 sehingga 2020 yang bernilai RM69 juta:

(a) Pakej A – Pemasangan paip di Daerah Padang Terap

(b) Pakej B – Pemasangan paip di Daerah Sik

(c) Pakej C – Membaik pulih LRA Nami dan Tangki dan kerja-kerja berkaitan.

(d) Projek Pemasangan Paip Air dari Tangki Air Jenalik ke Kampung Wang Perah termasuk pembinaan rumah pam, tangki sedutan dan tangki air menara serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

(e) Projek Bekalan Air Felda di Negeri Kedah seperti membaikpulih LRA Felda Teloi Kanan, membina Tangki di Felda Sungai Tiang dan membina rumah pam di Felda Sungai Tian.

(f) Pemasangan paip di Felda Teloi Timur, Teloi Kanan, Sungai Tiang, Gunung Bongsu dan Guar Napai.

Perlis

i. Pelan perniagaan negeri Perlis bagi tempoh operasi pertama (OP1) selama 3 tahun dari 1 Januari 2016 hingga 31 

Disember 2018 dan senarai projek CAPEX yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat seperti berikut:

(a) Program Bekalan Air Bersih Timah Tasoh Fasa II seperti:

- membina LRA (54MLD)

- memasang paip air bersaiz 1,000mm dia. (15km) Dari LRA Timah Tasoh ke Kolam Takungan Air Bersih di Sg Batu Pahat

- membina Kolam Air Bersih di Sg Batu Pahat (4.5MLD) dan kerja-kerja berkaitan.

- membina Tangki Air Anak Chelong (4.5MLD)dan kerja-kerja berkaitan.

- membina Rumah Pam & Sistem Jana kuasa Di Sg Batu Pahat

- pemasangan Saluran Paip Air 1,000mm dia (18km) dari LRA Timah Tasoh ke Tangki Air Titi Tinggi.

(b) Program Mengurangkan Kadar Kehilangan NRW Seluruh Negeri Perlis.

(c) Menaik taraf Sistem Agihan di Kawasan Simpang Empat dan sekitarnya:

- baik pulih 2 buah tangki air sedia ada dan membina 1 buah tangki air (2.25MLD);

- membina Tangki Sedut (4.45MLD) dan rumah pam; dan

- pemasangan paip air (600mm dari TTPC ke Tangki Sedut (1.0km).

(d) Pemasangan Sistem Agihan baru 300mm (6.0km) dari LRA Timah Tasoh ke Semadong

ii. SPAN juga telah memaklumkan kepada Menteri Besar Perlis berhubung masalah bekalan air Negeri Perlis pada September 2017 dan Februari 2018 untuk membantu Syarikat Air Perlis mengatasi masalah bekalan air di Perlis.

Sekian, terima kasih.

Attachments