(vii) Membuat jalan tar bagi laluan keluar-masuk kuari yang berdekatan dengan perumahan (contoh di Taman Chandan Desa).
Di samping itu juga, Kementerian melalui JMG Negeri Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan dan Pemeliharaan Kuari-Kuari Keramat Pulai (yang mana ahlinya terdiri dari beberapa agensi dan jabatan teknikal Kerajaan Negeri Perak serta semua pemegang permit kuari di kawasan Keramat Pulai, Ipoh. Melalui Jawatankuasa ini dengan kerjasama dan sokongan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perak, beberapa program telah dilaksanakan dengan jayanya dan masih dipantau sehingga kini iaitu:
(i) Menjalankan program penghijauan dengan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan-jalan di kawasan kuari Keramat Pulai, Ipoh terutamanya di kawasan kuari yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan di kawasan kuari sepanjang Jalanraya Simpang Pulai – Tanah Tinggi Cameron. Dalam tempoh 2 tahun (bermula Nov 2015) sebanyak 2289 pokok dari jenis Angsana dan Kelat Paya telah ditanam di kawasan yang dimaksudkan;
(ii) Menjalankan program pencucian jalanraya di sepanjang Jalanraya Simpang Pulai – Tanah Tinggi Cameron, iaitu di antara surau Kg. Tanjong sehingga Simpang Lubok Timah. Skop kerja-kerja pembersihan akan diperluaskan kepada kerja-kerja mencuci papan tanda dan juga pembersihan sistem saliran / longkang (Pembersihan dilaksanakan setiap 3 bulan yang dibiayai oleh Jawatankuasa Pemulihan dan Pemeliharaan Kuari-Kuari Keramat Pulai dan Kerja Raya Negeri Perak secara berselang–seli);
(iii) Kawasan-kawasan dan muka kuari yang terdedah juga telah diarah untuk dibuat penghijauan semula dengan menanam pokok-pokok yang sesuai;
(iv) kerja-kerja pembukaan muka kuari yang baru tidak dibenarkan menghadap lebuhraya dan jalan-jalan utama.
Sekian, terima kasih.