Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

492

Soalan

Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan tentang "National Study on Water Security" sekiranya ada dan jika tiada, adakah MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI akan melakukannya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2012, Kerajaan telah melancarkan Dasar Sumber Air Negara (DSAN)susulan daripada kajian National Water Resource Study (NWRS) yang siap pada tahun 2011. Penggubalan DSAN merupakan satu langkah strategik ke arah memastikan keperluan air untuk semua sektor pengguna dipenuhi dari segi kuantiti dan kualiti untuk manusia dan juga alam sekitar. DSAN dilaksanakan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu Jaminan Sumber Air ( Water Resources Security ), Kelestarian Sumber Air ( Water Resources Sustainability ) dan Urus Tadbir Bersama ( Collaborative Governance ).

Pada masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan National Water Balance Management System (NAWABS)yang akan selesai pada tahun 2020. Programini melibatkan kajian sumber air, keperluan sumber air, pemodelan dan seterusnya pembangunan sistem. Objektif Projek NAWABS adalah untuk menghasilkan kajian sumber air yang merangkumi water balance , demand management, water resource conservation plan , environmental flow dan water-food-energy nexus dan water footprint study .

Selain itu, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)juga melaksanakan kajian Integrated Lake Basin Management Plan (ILBMP) bagi Tasik Sembrong, Johor untuk menentukan daya tapung kualiti air tasik melalui pengurusan lembangan tasik secara lestari bagi meningkatkan jaminan fungsi tasik untuk memenuhi sumber bekalan air

mentahbekalan awam.NAHRIM turut melaksana kajian berkaitan Total Maximum Daily Load (TMDL) bertujuan untuk meningkatkan kualiti sumber air permukaan khususnya sungai dan menjamin sumber air yang bersih kepada Negara. Jaminan sumber air bersih merupakan komponen penting kepada ‘ water security’ . Pelan tindakan TMDL yang dibangunkan ini akan digunakan sebagai asas kepada perancangan pembangunan guna tanah dan aktiviti premis, pengawalan pelepasan beban pencemar dan seterusnya sebagai panduan bagi memantau pelaksanaan serta penguatkuasaan yang telah digariskan.

Sekian, terima kasih

Attachments