Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah, Air

Nombor Soalan

504

Soalan

Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membina struktur pengawalan hakisan pantai di kawasan Parlimen P.206 Tanjong Manis memandang banyak rumah-rumah orang kampung telah rosak atau jatuh ke laut disebabkan oleh hakisan pantai, terutama sekali diKampung Paloh, Kedang, Sebako, dan juga di kampung-kampung lain.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat dengan hakisan pantai dan mengemukakan permohonanperuntukan dalam Rolling Plan ke 4(RP 4) (2019)RMKe-11 dengan anggaran kos RM54.5 juta bagi mengatasi limpahan air pasang besar dan hakisan pantai di Sarawak yang merangkumi kawasan Kampung Paloh, Sebako, dan juga kampung-kampung lain di kawasan daerah Mukah, Sarawak.

Sekian, terima kasih

Attachments