Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

242

Soalan

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​TUAN LIM LIP ENG [ KEPONG ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kronologi proses pewartaan Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail sebagai taman awam dan mengapa pewartaan tersebut masih tertangguh dan nyatakan status terkini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Dua lot tanah Kerajaan Persekutuan (tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)) terlibat dalam kawasan Taman Awam Berskala Besar.

Dua lot tanah tersebut adalah Geran 50043 Lot 54268 dan Geran 50041 Lot 54265 Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PTP telah memajakkan dua lot tanah tersebut kepada MEASAT DIGICAST Sdn Bhd (MDSB) bagi tempoh 30 tahun dan tempoh pajakan akan berakhir pada 1 April 2027.

Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti tapak ganti untuk memindahkan MDSB ke tanah milik Persekutuan HS(D)119633 PT 9331 Mukim Kuala Lumpur Daerah Kuala Lumpur.

Rundingan harga pajakan sedang dimuktamadkan. Proses pewartaan akan dilaksanakan setalah penamatan perjanjian pajakan sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Attachments