Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

41

Soalan

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kedudukan kadar tarif air yang baharu apabila Kerajaan selesai membuat penstrukturan semula bekalan air di Negeri Selangor susulan proses pengambilan semula Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH).​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih meneliti implikasi pengambilan semula Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH) kepada kedudukan tarif air semasa di negeri Selangor. Perkara ini perlu dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira semua faktor dan pandangan pihak yang berkepentingan terutamanya pengguna. Oleh yang demikian, kedudukan kadar tarif air yang baharu pasca penstrukturan semula industri bekalan air di negeri Selangor tidak dapat diberikan pada masa ini.
Kementerian ingin memberi jaminan bahawa sekiranya semakan tarif sedia ada perlu dilakukan, ianya akan dilaksanakan melalui mekanisme penetapan tarif yang sistematik, telus, seragam dan secara berperingkat. Bagi tujuan tersebut, SPAN sedang merangka satu mekanisme penetapan tarif air bagi memastikan kadar tarif air yang dikenakan dapat melindungi kepentingan pengguna, di samping meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air serta boleh memastikan perkhidmatan yang terbaik dirasai oleh segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Sekian, terima kasih.


Attachments