Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 September 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

10

Soalan

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan banjir besar tidak berulang menjelang musim tengkujuh 2018 ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan telah dilaksanakan dalam RMKe-10 dan projek yang sedang dijalankan dalam RMKe-11 dikenali sebagai Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 (Reka dan Bina).

​​Perkembangan kemajuan terkini Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 adalah sebanyak 8% iaitu berada di peringkat kerja-kerja awalan dan rekabentuk terperinci. Projek ini dijangka siap pada 28 Mei 2021.

 

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan banjir besar tidak berulang ialah:-

    1. Melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) – PRAB Fasa 1. Projek PRAB Fasa 1 masih dalam pelaksanaan dan sedang diuji jalan. PRAB membolehkan agensi penyelamat dan orang ramai membuat persediaan awal sebelum kajian banjir berlaku bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

       
    2. Membantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan kerja-kerja pemuliharaan sungai dan kolam-kolam takungan banjir pada tahun 2018 dengan menyalurkan peruntukan kepada JPS Negeri Kelantan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir.

       

Sekian, terima kasih.​

Attachments