Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 September 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

3

Soalan

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS) menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan yang sedia ada sekarang, kadar kehilangan sepanjang sepuluh tahun yang lalu akibat pembalakan haram dan langkah-langkah untuk mencegah kegiatan ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2017, Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,811,226 hektar iaitu kira-kira 36.5% daripada keluasan tanah di Semenanjung Malaysia (13,184,629 hektar). Keluasan Hutan Simpanan Kekal telah meningkat sebanyak 23,968 hektar atau 0.5% bagi tempoh 10 tahun iaitu pada tahun 2008 (4,787,258 hektar) dan pada tahun 2017 (4,811,226 hektar).
Bagi tempoh 10 tahun (2008 hingga 2017) didapati sebanyak 187 kes pembalakan haram dan 2,617 kes kesalahan-kesalahan hutan lain yang
3
melibatkan kawasan seluas 514.61 hektar di Semenanjung Malaysia. Pembalakan haram ini bermaksud pengambilan kayu-kayan tanpa kebenaran dan tidak membawa maksud kepada kehilangan kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Kementerian juga sentiasa prihatin dan berusaha membantu Kerajaan Negeri dalam mencari kaedah-kaedah baharu bagi menangani dan membanteras gejala pembalakan haram. Langkah-langkah untuk mencegah kegiatan pembalakan haram ini adalah seperti berikut:
i. Menubuhkan satu (1) pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM ELITE TEAM atau JET. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bercadang memperkasa pasukan ini daripada 50 ahli kepada 300 ahli bermula tahun 2018;
ii. Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter. Disamping itu penggunaan teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dron digunakan dalam memantau pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah dron digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan; dan
4
iii. Menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu (NBOS) dan telah membuka pusat kawalan NRE Command Centre (NCC) di Cameron Highlands, Pahang.
Kementerian juga merancang akan membuat penambah-baikan dalam aktiviti penguatkuasaan sepertimana berikut:
i. Perancangan untuk menubuhkan War Room di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang akan beroperasi 24 jam bagi tujuan memantau pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih efisien;
ii. Menambah kakitangan penguatkuasaan dan lojistik, mendapatkan kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan; dan
iii. Mencadangkan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi memantapkan penguatkuasaan dari segi kadar denda dan hukuman serta kadar penalti tambahan bagi membendung dan
5
membanteras kegiatan pembalakan haram yang merosakan alam sekitar.

Sekian, terima kasih.​

Attachments