Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 September 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

5

Soalan

​​​YBTM JAWAB

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kadar tarif air bagi setiap negeri di Malaysia dan bagaimana Kerajaan dapat mengawal agar kenaikan tarif air dapat dielakkan kerana ianya membebankan pengguna.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Kadar tarif air yang dikenakan oleh operator air kepada pengguna adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Bagi tahun 2017, kadar purata tarif air domestik ialah RM0.62/m3 dan RM1.68/m3 bagi kategori industri. Purata kadar tarif air mengikut negeri di Malaysia adalah seperti berikut:
Negeri Domestik 

(RM/m3) Industri (RM/m3)

Pulau Pinang 0.28 1.22

Pahang 0.51 1.45

Terengganu 0.48 1.04

Kelantan 0.58 1.79

Sabah 0.62  1.79

Perlis 0.53 1.30

Sarawak
(Lain-lain Bahagian di Sarawak) 0.53 1.15

Kedah 0.60 1.40

Perak 0.63 1.56

Sarawak1
(Sibu, Kuching Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit, Miri)
0.59 1.04

Negeri Sembilan 0.63 2.47
 
Selangor 0.69 2.23

Melaka 0.69 2.07

Sarawak2 (Bintulu) 0.61 1.21

WP Labuan 0.83 2.07

Johor 1.10 3.17

Purata Kebangsaan 0.62 1.68
 
Tuan Yang di-Pertua,
Lazim yang akan terjadi ialah sebarang kenaikan kadar tarif pada masa hadapan akan membebankan pengguna. Dalam konteks bekalan air di Malaysia, kenaikan tarif air harus difahami dalam ruang lingkup yang lebih menyeluruh. Dalam hal ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melihat kepada hubung kait yang rapat antara tarif dengan keupayaan syarikat-syarikat air untuk membekalkan perkhidmatan kepada pengguna selari dengan kenaikan kos operasi dan kadar inflasi semasa. Adalah tidak adil untuk pengguna mengharapkan mutu perkhidmatan bekalan air yang meningkatkan saban hari sedangkan operator air dinafikan hak untuk menaikkan tarif bagi membolehkan mereka berbuat demikian.
Secara prinsipnya, dalam mempertimbangkan kenaikan tarif air, KATS memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:
 terdapat negeri yang mana kadar tarif air sedia ada tidak di semak sejak 35 tahun yang lalu;
 kadar tarif yang rendah akan menjejaskan anggaran (projection) pendapatan operator air yang ditetapkan di dalam pelan perniagaan lantas menjejaskan mutu perkhidmatan mereka kepada pengguna; dan
 kadar tarif air sedia ada tidak dapat menampung kos operator-operator air khususnya peningkatan dalam kos perbelanjaan modal dan operasi perbekalan perkhidmatan bekalan air

kepada pengguna seperti gaji pekerja, bahan kimia rawatan air, tenaga elektrik, pengangkutan dan lain-lain.
Mengambi kira akan perkara tersebut Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air yang mempunyai ciri – ciri berikut:
(i) kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal;
(ii) melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan;
(iii) mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah;
(iv) berupaya meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air; dan
(v) telus, adil serta mudah difahami.

Sekian, terima kasih.​


Attachments