Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 September 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

16

Soalan

​​​​Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status penubuhan Majlis Sumber Air Negeri di seluruh negara dan bagaimana Kerajaan Persekutuan dapat membantu Pihak Berkuasa Air Negeri menjalankan penguatkuasaan bagi menjaga integriti dan kualiti sumber bekalan air mentah di setiap negeri-negeri di Malaysia​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

​Majlis Sumber Air Negeri (MSANg) ditubuhkan untuk mengurus sumber air di negeri secara mampan dan bersepadu dengan mengambil kira pendapat atau saranan pelbagai agensi serta jabatan berkaitan.

Kebanyakan negeri telah pun menubuhkan MSANg, di mana negeri-negeri tersebut adalah:

  1. Pahang;
  2. Perak;
  3. Terengganu;
  4. Johor;
  5. Melaka;
  6. Kelantan;
  7. Perlis;
  8. Sabah;
  9. Sarawak;
  10. Kedah; dan
  11. Selangor,

     
    Sementara itu, negeri yang belum menubuhkan MSANg adalah:
  1. Pulau Pinang; dan
  2. Negeri Sembilan


    Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) bagi membantu Pihak Berkuasa Air Negeri menjalankan penguatkuasaan bagi menjaga integriti dan kualiti sumber  air di setiap negeri di Malaysia adalah dengan;


  3. Menggubal Dasar Sumber Air Negara (DSAN) dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 22 Februari 2012 bertujuan memastikan pengurusan sumber air yang bersepadu dan lestari berdasarkan 3 Prinsip DSAN iaitu:

    1. Jaminan Sumber Air

    2. Kelestarian Sumber Air

    3. Tadbir urus kolaboratif

     
  4. Menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA).

    RUU SA bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air dan penjagaan sungai di seluruh negara.

     
  5. Menyediakan Laporan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu ( Integrated River Basin Management - IRBM).

    IRBM mengandungi pelan tindakan bagi setiap agensi yang terlibat untuk mencapai pengurusan sumber air secara holistic melalui pengurusan lembangan sungai. Kajian dan pelan pengurusan lembangan sungai melibatkan semua pihak berkepentingan untuk mencapai objektif kecukupan air, air yang bersih, pengurangan banjir dan penambahbaikan kepada alam sekitar.

     
    Sekian, terima kasih

     

 

 

Attachments