Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

18 July 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

29

Soalan

​​ DR. AZMAN BIN ISMAIL minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bantuan yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air di negeri Kedah.​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pendekatan Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu bekalan air di Kedah melibatkan aspek-aspek berikut:

(i) Peningkatan kapasiti bekalan air terawat melibatkan peruntukan berjumlah RM431.64 juta di bawah Rolling Plan (RP) 2 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk membina 5 loji rawatan air di Daerah Pendang, Yan & Gurun, Kubang Pasu, Kota Setar, Baling dan Bandar Baharu. Kesemua projek ini dijangka siap pada tahun 2020;

(ii) Penerokaan sumber air mentah baharu dengan peruntukan berjumlah RM600 juta melibatkan pembinaan off-river storage (ORS), dengan izin di Padang Mat Sirat, Langkawi yang dijangka bermula pada September 2019 dan dijangka siap pada Ogos 2022. Projek ini mampu meningkatkan pengeluaran air bagi menampung permintaan di Pulau Langkawi menjelang 2040;

(iii) Pengurangan kadar air tidak berhasil, atau non-revenue water (NRW), dengan izin, melalui intervensi langsung dari Kerajaan Persekutuan di bawah Pendekatan 1 Program Pengurangan NRW Kebangsaan dengan peruntukan berjumlah RM 44,704,976.17 juta. Di samping itu, Syarikat Air Darul Aman Berhad (SADA) juga menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi tujuan yang sama di bawah RP3, RMKe-11 pada tahun 2017; dan
3

(iv) Langkah jangka panjang melalui penstrukturan semula industri bekalan air Kedah bagi membolehkan SADA mendapat pembiayaan kewangan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi membangunkan aset-aset utama bekalan air, termasuk perbelanjaan modal atau capital expenditure (CAPEX), dengan izin, bernilai RM50 juta di bawah Pelan Perniagaan SADA bagi tempoh 2018 sehingga 2020.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Di samping itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) turut menyediakan peruntukan berjumlah RM69 juta bagi meningkatkan bekalan air di kawasan FELDA dan luar bandar yang dijangka siap pada tahun 2018 sehingga 2020.

Sekian, terima kasih.​

Attachments