Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 July 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

61

Soalan


Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:
a) bilakah penyerahan balik pengurusan Empangan Mengkuang yang siap dan pump house Mak Sulong kepada PBA Holdings Bhd dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan
b) huraikan status dan sama ada 7 syarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang penyerahan balik Empangan dan pump house dipenuhi.


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Rumah Pam Mak Sulong yang terletak di Daerah Seberang Perai Tengah merupakan salah satu komponen utama projek Pembesaran Empangan Mengkuang yang dilaksanakan oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bagi memastikan kelangsungan sumber air mentah di Negeri Pulau Pinang. Dibina dengan kos bernilai RM63.5juta, Rumah Pam Mak Sulong telah siap sepenuhnya pada 28 September 2017, dan berkeupayaan untuk mengepam 200-400 JLH air mentah dari Sungai Kulim ke Empangan Mengkuang yang mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk dipenuhi.
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini berada dalam fasa akhir perbincangan bagi menghalusi mekanisme bagi membolehkan rumah pam ini dioperasikan oleh operator air iaitu Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP). KATS menjangkakan rumah pam ini boleh diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat dibuat pada akhir bulan Ogos setelah hands on training serta syarat-syarat yang dinyatakan oleh YB Bukit Bendera dipatuhi.

Sekian, terima kasih.


Attachments