Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta (kos sliling projek) dalam Rolling Plan Ke-2 (Tahun 2017), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas, Lembangan Sungai Padas, Tenom.
Pada masa ini, kerja-kerja perancangan dan reka bentuk sedang dilaksanakan manakala kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2019 dengan tempoh pelaksanaan kerja fizikal adalah selama tiga tahun.
Sekian, terima kasih