Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 July 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

1

Soalan

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk menyelesaikan projek Rancangan Tebatan Banjir di daerah Kota Setar, Kedah yang telah lama tertangguh.

Jawapan

​​YBM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

​Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Anak Bukit yang dilaksanakan di Daerah Kota Setar bukanlah tertangguh tetapi berlaku kelewatan pelaksanaan kerja-kerja di tapak. Kelewatan dalam pembinaan disebabkan adalah disebabkan oleh isu berikut:

  1.  isu pengambilan balik tanah;
  2. perubahan reka bentuk jambatan;
  3. peningkatan kos projek yang disebabkan oleh perubahan reka bentuk yang memerlukan kelulusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (KHEE) dan Kementerian Kewangan (MoF) sebelum kerja-kerja dilaksanakan di tapak; dan
  4.  isu-isu pemindahan utiliti.

     ​
    Bagi menangani masalah kelewatan tersebut, beberapa langkah penyelesaian telah diambil;
  1. Perbincangan bersama perunding untuk mempercepatkan proses rekabentuk jambatan;
  2. Percepatkan proses Pengambilan balik tanah melalui perbincangan dengan agensi yang berkenaan; dan
  3. Mengkaji semula jadual kerja yang dirancang (Revised CPM)

     
    Pada masa ini, sebahagian besar isu/ masalah di tapak telah dapat diselesaikan dan keseluruhan projek dijangka siap dilaksanakan pada tahun 2020.

     
    Sekian, terima kasih.


Attachments