Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

25 July 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

6

Soalan

​​Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah kecetekan muara di beberapa tempat di Terengganu seperti muara Sungai Merang dan Fikri yang telah membantutkan kerja-kerja nelayan dan pengusaha bot pelancongan.​

Jawapan

YBM JAWAB​

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan beberapa projek jangka panjang dan jangka pendek bagi pemuliharaan muara-muara sungai di Terengganu.

​Langkah jangka masa panjang bagi mengatasi masalah kecetekan muara adalah dengan melaksanakan kaedah penyelesaian secara menyeluruh iaitu melibatkan kombinasi pembinaan struktur-struktur pemecah ombak, pengerukan induk serta struktur-struktur mitigasi yang lain yang sesuai. Projek-projek yang telah diluluskan di bawah RMKe-11 bagi pemuliharaan muara-muara sungai di Terengganu bagi penyelesaian jangka panjang adalah seperti berikut;

  1. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu –       RM240 juta: sedang dilaksanakan;
  2. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Terengganu –         RM150 juta: sedang dilaksanakan;
  3. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang, Terengganu – RM43 juta: di peringkat reka bentuk dan proses tender; dan
  4. Projek Pemuliharaan Muara Sg. Setiu, Terengganu – RM150 juta: di peringkat reka bentuk dan proses tender.

     

Bagi penyelesaian jangka pendek, kerja-kerja pengerukan di laluan pelayaran dilaksanakan dari semasa ke semasa bergantung kepada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan bagi memastikan aktiviti nelayan dan pengusaha bot tidak terbantut.

​Sekian, terima kasih

Attachments