Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

30 July 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

56

Soalan

​​Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan projek berikut yang telah diluluskan di kawasan parlimen Kota Samarahan :-      

  1. Membina benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya ; dan            

​Projek tebatan banjir di Kawasan Perumahan Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan


Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja penstabilan tebing di Kampung Tambirat, Asajaya. Kerja-kerja kecemasan penstabilan benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dengan kos RM2.26 juta telah siap dilaksanakan pada 2 Mac 2018 manakala baki kerja berjumlah RM2.74 juta dalam peringkat reka bentuk.

Projek tebatan banjir di Kawasan Perumahan Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan adalah antara komponen projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak. Projek PLSB Sungai Sarawak telah diputuskan oleh pihak Kerajaan untuk ditangguhkan pelaksanaannya ke tahun hadapan.

​Sekian, terima kasih

Attachments