Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

31 July 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

66

Soalan

​​TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM [PASIR GUDANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Kerajaan Malaysia akan merunding semula Perjanjian Air Tahun 1962 antara Malaysia dengan Singapura supaya harga air sekarang 3 sen bagi setiap 1,000 gelen yang diimport oleh Singapura dari Sungai Johor sebanyak 250 juta gelen setiap hari dapat dinaikkan pada harga yang munasabah seperti harga air yang dibeli oleh Melaka dari Johor.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Johor pada 17 April 2006 telah menyuarakan supaya Malaysia menyemak semula kadar penjualan air mentah ke Singapura, di mana Johor berhasrat untuk menghentikan pembelian air terawat dari Singapura selepas projek-projek ‘Zero Dependency’ siap. Susulan daripada itu, Kerajaan Johor pada 16 Februari 2014 telah memohon pertimbangan Wisma Putra supaya Kerajaan Negeri menaikkan harga penjualan air mentah ke Singapura kepada 50 sen bagi setiap 1,000 gelen dan harga ini akan disemak semula setiap 5 tahun.
Berhubung status projek-projek bekalan air ‘Zero Dependency’ seperti Cadangan Penyaluran Air Mentah Dari Sungai Johor ke Loji Rawatan Air (LRA) Skudai, Pembinaan Empangan Ulu Sedili dan Naiktaraf LRA Skudai, ia masih belum dilaksanakan manakala Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Sedili Besar ke Empangan Layang dan Pembinaan Off-River Storage Johor masih belum siap sepenuhnya untuk membolehkan Johor tidak bergantung kepada bekalan air dari Singapura.
3
Oleh sebab harga air mentah terlalu rendah, Kerajaan akan membuat kajian terperinci agar isu air ini dapat memberi kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak.
Peruntukan Perjanjian Air 1962 menyatakan bahawa sekiranya ada berlaku sebarang pertikaian dari satu atau kedua-dua pihak, maka perkhidmatan timbang tara boleh diambil untuk menyelesaikan pertikaian yang berkaitan di sepanjang tempoh berkuatkuasa Perjanjian tersebut.
Oleh yang demikian, penelitian yang terperinci dengan mengambil kira kesan pembekalan air kepada rakyat dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat sekiranya Perjanjian Air 1962 ini ingin dikaji semula.

Sekian, terima kasih.​

Attachments