Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

01 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

10

Soalan

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai pelan tindakan mengatasi masalah 'banjir termenung' yang sering berlaku di kawasan sekitar tebing Sungai Golok, di Tumpat, dan kawasan sekitarnya.     

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

 

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 sedang melaksanakan projek tebatan banjir iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan siling kos projek diluluskan sebanyak RM300 juta. Projek ini telah bermula pada 23 April 2018 dan akan mengambil masa 48 bulan yang melibatkan Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas termasuk menyelesaikan masalah banjir termenung.

 

Walau bagaimanapun, penyelesaian banjir secara menyeluruh perlu dilaksanakan  yang melibatkan PLSB Sg. Golok  Fasa 2 dan Fasa 3 bagi mengurangkan kejadian banjir di lembangan Sungai Golok yang melangkaui pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13).

 

Sekian, terima kasih​​

Attachments