Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

33

Soalan

DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah projek-projek bekalan air bersih yang telah diluluskan peruntukannya oleh Kerajaan terdahulu sebanyak RM45 juta dan RM25 juta di Parlimen Beaufort akan dilaksanakan.​

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, Kerajaan Persekutuan komited untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam menyediakan bekalan air terawat yang bermutu dan terjamin kepada penduduk Sabah, termasuk di Beaufort.
Oleh itu, pelaksananan projek bekalan air di Beaufort dan juga Kuala Penyu yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan seperti berikut:

(i) Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Pekan Menumbok, Kuala Penyu di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah dengan kos projek sebanyak RM50.3 juta. Projek ini telah mula dilaksana pada 14 Mei 2018 dan dijangka siap pada 14 Mei 2020; dan

(ii) Projek Menaik Taraf Liputan dan Penyelesaian Air di Daerah Kuala Penyu termasuklah di Kg. Barangkok/Kg. Mamalat, Kg. Palu-Palu dan di Kg. Kayul dengan anggaran kos RM22.5 juta di bawah peruntukan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah. Projek ini sedang dalam peringkat akhir penyediaan dokumen tender sebelum proses perolehan dilaksanakan yang dijangka pada bulan September.

Selain daripada projek-projek seperti di atas, pembinaan Loji Air dan Pemasangan Rangkaian Paip Di Daerah Beaufort berkapasiti 30 JLH bernilai RM 214.9 juta dijangka dapat disiapkan pada 22 Ogos 2018. Projek ini dapat memanfaat 80 ribu pengguna di Beaufort.

Sekian, terima kasih.​

Attachments