Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

34

Soalan

DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah hasil kajian Kerajaan berkaitan harga jualan air mentah kepada Singapura iaitu 3 sen bagi setiap 1000 gelen.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Ingin dijelaskan bahawa terdapat usaha di pihak Kerajaan Malaysia untuk menyemak semula harga penjualan air mentah kepada Singapura berdasarkan Perjanjian Air 1962. Kerajaan Persekutuan melalui Wisma Putra pada 8 Ogos 2003 telah melantik Profesor W. Michael Hanemann dari University of California untuk menjalankan kajian The Pricing of Raw Water Sold to Singapore. Kajian tersebut telah mencadangkan beberapa kaedah pengiraan jualan air mentah ke Singapura berdasarkan pendekatan tertentu.

Oleh sebab yang harga air mentah terlalu rendah, Kerajaan akan membuat kajian terperinci agar isu air ini dapat memberi kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak.
Peruntukan Perjanjian Air 1962 menyatakan bahawa sekiranya ada berlaku sebarang pertikaian dari satu atau kedua-dua pihak, maka perkhidmatan timbang tara boleh diambil untuk menyelesaikan pertikaian yang berkaitan di sepanjang tempoh berkuatkuasa Perjanjian tersebut.

Sehubungan itu, penelitian yang terperinci dengan mengambil kira kesan pembekalan air kepada rakyat dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat sekiranya Perjanjian Air 1962 ini ingin dikaji semula.

Sekian, terima kasih.​


Attachments