Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

59

Soalan

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan memperincikan rancangan penebatan banjir dan pelaksanaannya untuk kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar di mana selalu menghadapi masalah banjir kilat.​

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

 

Kementerian  Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan projek-projek di kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar  dalam Rancangan Malaysia Ke-11(RMKe-11) seperti berikut:

 

Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu

 

Dalam Rolling Plan Ke-2 (2017), Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu dengan siling kos projek sebanyak RM76  juta.  Projek ini telah ditender dan dalam tindakan Lembaga Perolehan.

 

Kawasan Sepanggar

 

Dalam Rolling Plan Ke-2 (2017), dua (2) projek tebatan banjir di kawasan Sepanggar telah diluluskan, iaitu;

 

  1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Sierra, Lembangan Sungai Telipok, Kota Kinabalu dengan siling kos projek RM20 juta.  Projek ini dalam proses tender.

     
  2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rampayan, Lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu dengan siling kos projek sebanyak RM36 juta.  Projek ini dalam proses tender.


    Kawasan Penampang


    Bagi program tebatan banjir di kawasan Penampang, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog telah diluluskan dalam RMKe-11, dengan pakej-pakej berikut;

 

  1. Pakej 1 : meliputi kerja-kerja membina dan menaiktaraf parit 18A, kerja penambahbaikan Parit A & B Parit Monsoon JPS sediada dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Kibabaig dengan siling kos projek sebanyak RM51.83 Juta. Projek ini dijangka siap dilaksanakan pada 21 November 2019.

     
  2. Pakej 3 : meliputi kerja-kerja pembinaan ban banjir, menaik taraf Sungai Moyog dan kerja-kerja berkaitan dengan siling kos projek sebanyak RM 131.0 Juta. Projek ini dijangka disiapkan pada 11 Disember 2020.

 

Bagi total solution masalah banjir di Lembangan Sungai Sungai Moyog, anggaran kos keseluruhan projek adalah RM481.39 juta melibatkan pelaksanaan 4 pakej. Sebanyak 2 pakej sedang dilaksanakan (Pakej 1 dan 3) manakal 2 pakej lagi dipohon dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11.

 

Sekian, terima kasih​

Attachments