Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

07 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

28

Soalan

TUAN CHOW KON YEOW minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Permintaan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Adakah Pusat akan mempertimbangkan permohonan pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) Pulau Pinang bagi menjamin bekalan air menjelang 2020.​

Jawapan

Yang di-Pertua,​

Surcaj Pemuliharaan Air (Water Conservation Surcaj – WCS) telah mula dilaksanakan kepada di Pulau Pinang sejak November 2010. Buat masa ini WCS dikenakan kepada penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan dengan caj sebanyak 48 sen bagi setiap 1,000 liter.

Surcaj ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dalam penggunaan air di kalangan pengguna domestik. Pada masa yang sama inisiatif ini dapat menggalakkan penjimatan penggunaan air serta mendidik pengguna untuk menggunakan air secara berhemah.
Sebagai makluman yang berhormat, pada masa ini permohonan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menaikkan WCS sedang ditimbang oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang merupakan badan kawal selia industri perkhidmatan air di Malaysia

Cadangan ini memerlukan penelitian yang mendalam dan menyeluruh bagi memastikan wujudnya keseimbangan ke atas jaminan kepentingan pengguna, kemapanan kewangan PBAPP serta kelestarian bekalan air pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWTS) perlu mendapat persetujuan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak terlebih dahulu. Ini memandangkan sumber air  adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sekiranya persetujuan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak telah dicapai, maka cadangan tersebut bolehlah diangkat untuk kajian dan penelitian Kerajaan Persekutuan bagi tindakan seterusnya.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bersedia untuk mengadakan mesyuarat bersama dengan kedua-dua Kerajaan Negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang dengan bertindak sebagai pemudahcara terhadap hasrat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Attachments