Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

07 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

31

Soalan

Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan menyalurkan pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk memelihara dan menjaga kawasan tadahan air di empat empangan terbabit demi memastikan empangan- empangan itu terus berupaya memenuhi permintaan bekalan air.​

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Perkara 74(2) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, isu tanah termasuk perhutanan adalah di bawah bidang kuasa negeri. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak membentuk atau menerima sesuatu undang-undang dan peraturan hutan bagi mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang mana ianya di pertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya. Sehubungan itu, semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan pusat perlulah dipatuhi serta memelihara alam sekitar.

Sekian, terima kasih.​

Attachments