Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

08 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

42

Soalan

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam mengatasi masalah kecetekan muka kuala Pantai Tujuh, Tumpat yang menyukarkan para nelayan di Tumpat untuk keluar ke laut.​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, masalah muara sungai cetek berlaku di sungai-sungai seluruh Negara. Pihak Kementerian sentiasa memantau dan menjalankan kajian-kajian bagi mengenalpasti punca utama dan kaedah penyelesaiannya. Antara punca utama berlaku kecetekan di kawasan muara sungai adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan tanah di kawasan hulu sungai yang menyebabkan kelodak dan endapan dihanyutkan ke sungai dan berlakunya pemendapan di muara sungai.
Bagi kawasan muka kuala Pantai Tujuh, Tumpat iaitu Muara Sungai Pengkalan Nangka, pihak Kerajaan telah meluluskan projek Membina Struktur Dan Mendalamkan Muara Sungai Pengkalan Nangka, Tumpat, Kelantan dengan siling kos projek RM32 juta melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) memandangkan terdapat aktiviti akuakultur di kawasan berkenaan. Projek tersebut dalam peringkat kajian dan reka bentuk terperinci oleh perunding. Antara komponen-komponen kerja utama yang akan dilaksanakan di bawah projek ini adalah;

1) Kerja-kerja mengorek dan mendalamkan kawasan muara sungai dan kawasan ternakan akuakultur disamping laluan keluar masuk bot nelayan;

2) Pembinaan struktur penahan hakisan pantai; dan

3) Lencongan di kawasan darat yang akan melencongkan air tawar dari kawasan paya ke pintu Tidal Control Gate (TCG) yang baru.

Selain itu, Kerajaan melalui MOA juga menjalankan kerja penyelenggaraan iaitu kerja-kerja mengorek di lagun dan muara Sg Pengkalan Nangka supaya mendapan daripada kawasan lagun dapat dialirkan keluar ke laut dan laluan yang sama juga digunakan sebagai laluan keluar masuk bot nelayan.

Sekian, terima kasih​


Attachments