Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

67

Soalan

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian untuk menghadapi risiko kawasan banjir di sepanjang pesisiran tebing Sungai Perak jika mengalami hujan yang melebihi paras biasa.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukan sebanyak RM250 juta bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa 1 dalam RMKe-11 bagi menghadapi risiko kawasan banjir di sepanjang pesisiran tebing Sungai Perak.

PLSB Sg Perak ini melibatkan tiga (3) komponen utama iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Living River dan Saliran Mesra Alam. Antara kawasan yang terlibat dengan pembangunan projek ini adalah Kampung Gajah, Teluk Intan dan Kuala Kangsar

Sekian, terima kasih​

Attachments