Tuan Yang di-Pertua,
Bagi mengatasi masalah banjir di Negeri Kelantan, Kerajaan telah meluluskan dua (2) projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11, iaitu :
- Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1; dan
- Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1.
PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dilaksanakan secara reka dan bina dan projek telah bermula pada 29 Januari 2018 dan akan mengambil masa 40 bulan dengan siling kos projek sebanyak RM500 Juta. Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan di tapak di mana peratusan kerja ditapak adalah 4%.
PLSB Sungai Golok Fasa 1 pula telah bermula pada 23 April 2018 dengan siling kos projek sebanyak RM300 juta. Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan di tapak di mana peratusan kerja ditapak adalah 3%.
Sekian, terima kasih