Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

5

Soalan

​​​YBTM JAWAB

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan akan menyalurkan dana yang diperlukan untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang di mana Kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan RM2.57 bilion di bawah Rancangan Perbelanjaan tetapi hanya RM1.04bilion yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.​

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Ya, kerajaan PH akan menyalurkan peruntukan ini mengikut kemampuan kedudukan kewangan semasa.
Untuk pengetahuan YB Jelutong, RM 2.57 billion yang telah diluluskan di zaman Kerajaan dahulu melibatkan anggaran kos projek daripada RMKe 5 sehingga RMKe 11.
Susulan kejadian banjir pada 4 dan 5 November 2017, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang telah membentangkan cadangan 13 projek mitigasi banjir di Pulau Pinang dengan kos projek berjumlah RM1 bilion iaitu :

1) RTB Seberang Perai Utara,
2) RTB Lembangan Sungai Perai, Daerah Seberang Perai Tengah,
3) RTB Lembangan Sungai Pinang, Daerah Timur Laut,
4) RTB Sungai Junjong, Daerah Seberang Perai Tengah,
5) RTB Parit 4, Daerah Seberang Perai Tengah,
6) RTB Lembangan Sungai Juru, Daerah Seberang Perai Tengah,
7) RTB Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya,
8) RTB Pondok Upeh / Sungai Burong, Daerah Barat Daya,
9) RTB Lembangan Sungai Jawi, Daerah Seberang Perai Selatan,
10) RTB Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan,
11) RTB Bayan Lepas, Daerah Barat Daya,
12) RTB Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, dan;
13) RTB Kawasan Perindustrian Perai, Daerah Seberang Perai Tengah.
4 daripada 13 projek ini telah diluluskan ;

RTB Lembangan Sungai Pinang, Daerah Timur Laut
RM 150 Juta dalam RP 2 RMKe 11 - peringkat lantikan perunding untuk rekabentuk terperinci.
Manakala dalam RP 3 RMKe 11, 3 projek telah diluluskan bagi Daerah Barat Daya, Pulau Pinang iaitu RTB Teluk Kumbar dengan kos projek sebanyak RM10 Juta, RTB Teluk Bahang dengan kos projek sebanyak RM8 Juta, dan RTB Pondok Upeh/Sungai Burong dengan kos projek sebanyak RM10 Juta. Jumlah siling kos projek yang diluluskan untuk dilaksanakan dalam RP3 (2018) RMKe-11 bagi ketiga-tiga projek tersebut berjumlah RM 28 Juta.

Sekian, terima kasih.​

Attachments