Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 August 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

20

Soalan

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan setakat manakah proses pembinaan tebatan banjir di sempadan Kelantan-Thailand yang melibatkan kawasan jajaran Parlimen Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat bagi mengelakkan banjir saban tahun yang berlaku akibat limpahan air dari Sungai Golok.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Dalam RMKe-11, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 bagi meneruskan usaha-usaha untuk mengawal dan mengurangkan kesan dan akibat banjir di Lembangan Sungai Golok. Kos siling bagi PLSB Sungai Golok Fasa 1 ini berjumlah RM300 juta. Sehingga 10 Julai 2018, kerja di tapak adalah mengikut jadual. Projek ini dijangka siap pada tahun 2022
 
Sekian, terima kasih.​

Attachments