Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

48

Soalan

​Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci termasuk kontraktor dilantik berhubung kerja-kerja pelebaran lembangan Sungai Pinang sepanjang 1.5 kilometer (km) yang dikatakan akan dimulakan pada April 2019. Adakah peruntukan tersebut merupakan sebahagian projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion yang dijanjikan kepada Pulau Pinang sebelum ini.

Jawapan

​JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Status pelaksanaan kerja-kerja pelebaran lembangan Sungai Pinang sepanjang 1.5 kilometer (km) adalah di peringkat penilaian pelantikan perunding bagi melaksanakan kerja-kerja reka bentuk terperinci. Tender bagi kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan setelah reka bentuk terperinci selesai disediakan. Peruntukan projek ini telah diluluskan sebelum isu projek-projek bernilai RM1 bilion. 

Sekian, terima kasih.


Attachments