Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa sekarang, Kementerian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) tiada perancangan untuk membina empangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kulim dan Padang Serai. Walau bagaimanapun, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Daerah Kulim, Kedah telah dipohon di dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11 bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Padang Serai dan Kulim,
Sekian, terima kasih.