Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

17 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

5

Soalan

​YBM JAWAB​

TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan air negara, akses air, keselamatan air dan kemampuan air.​

Jawapan

​​YBM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

1. KATS sedang dalam tindakan untuk menggubal Dasar Air Negara bagi menyediakan kerangka perancangan dan pelan tindakan air negara yang holistik merentasi pelbagai sektor dan mampan bagi menangani isu-isu dan kelemahan mekanisme sedia ada dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kemampanan air negara terjamin.
2. Selain dari itu isu keselamatan dan kemampanan air ini juga berkait rapat dengan hal ehwal tanah dan sumber asli setiap negeri. Oleh itu, di bawah Kementerian ini semua aspek pemuliharaan hutan, biodiversiti, perlindungan kawasan tadahan dan guna tanah yang berkait langsung dengan sumber air dapat diuruskan secara bersepadu bagi menjamin kelangsungan sumber air yang dapat memenuhi keperluan bekalan air rakyat, pengguna, industri dan pembangunan negara ini.
3. Dengan penggabungan fungsi ini juga membolehkan perancangan sumber air negara sama ada air permukaan dan air tanah dibuat
3
secara bersepadu. Ini bermakna pembinaan empangan, kolam takungan keperluan air tanah dapat diurus secara holistik dengan mengambil kira keperluan untuk bekalan air, pengairan, tebatan banjir. Ini dapat menjamin kemampuan air negara di samping menyumbangkan kepada penggunaan kos yang optimum.
4. Kerajaan juga pada masa sekarang bergerak ke arah satu konsep baru yang dinamakan Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) berbanding dengan kaedah Pengurusan Bekalan (Supply Management) Lampiran 1. Tumpuan diberikan bagi mengurangkan permintaan bekalan air melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan mandatori produk yang cekap air, penerokaan sumber air alternatif, audit kecekapan penggunaan air dan penggunaan sumber air lebih efisien di semua sektor ekonomi seperti domestik, pertanian, penjanaan elektrik.
5. Selain dari itu, sejajar dengan faktor perubahan iklim, Kerajaan juga telah menetapkan dasar baru penerokaan sumber air di mana memberikan tumpuan ke pembinaan kolam takungan di kawasan hilir sungai melalui kaedah ‘Off River Storage’, pembinaan ampang jajar (barrage), ‘horizontal collector well’ dan lain-lain. Ini dapat memberi jaminan sumber air berbanding dengan pembinaan empangan di hulu sungai di mana ia akan menjejaskan alam
4
sekitar, pada masa yang sama tertakluk juga kepada faktor cuaca yang semakin tidak menentu disebabkan oleh senario perubahan iklim yang semakin ketara.
6. Pada masasama KATS juga bekerjasama Kementerian Kesihatan dalam proses melaksanakan apa yang dikatakan sebagai “Pelan Keselamatan Bekalan Air” (Water Safety Plan). Melalui pelan tindakan ini semua operator telah diminta untuk menyediakan satu pelan menyeluruh secara berperingkat mengikut keutamaan loji dan kawasan agihan yang berkaitan bagi mengenal pasti risiko sesuatu loji tersebut dari segi aspek keselamatan sama ada dari segi kualiti dan kuantiti yang boleh menjejaskan perkhidmatan bekalan air. Melalui pelan ini langkah mitigasi telah disediakan bagi setiap risiko yang telah dikenal pasti bagi memastikan tahap keselamatan dan kemampanan bekalan air terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua,
7. Dari segi aspek operasi perkhidmatan bekalan air pula, KATS melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sentiasa memantau supaya pembangunan infrastruktur bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air termasuk sistem agihan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah selaras dengan peningkatan permintaan. Bagi Sabah dan Sarawak, agensi air yang
5
berkaitan akan memantau infrastruktur bekalan air mengikut perundangan di negeri masing-masing.
8. Dalam hal ini, SPAN telah menetapkan dalam KPI yang perlu dipatuhi dan dicapai oleh operator air supaya rizab margin bekalan air berada di antara 10% sehingga 15% bagi semua negeri bagi memastikan keseimbangan bekalan dan permintaan air dalam pengurusan bekalan dan permintaan air.
Tuan Yang di-Pertua,
1) Pelancaran Dasar Sumber Air Negara (DSAN)
Dasar yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 merupakan satu langkah strategik ke arah memastikan keperluan air untuk semua sektor pengguna dipenuhi dari segi kuantiti dan kualiti untuk manusia dan juga alam sekitar. DSAN dilaksanakan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu
i) Jaminan Sumber Air (Water Resources Security),
ii) Kelestarian Sumber Air (Water Resources Sustainability) dan
iii) Urus Tadbir Bersama (Collaborative Governance).
6
2) Pelaksanaan Kajian Berkaitan Dengan Sumber Air
Dua (2) kajian utama berkaitan dengan sumber air yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Lampiran 2 adalah :
i) National Water Resource Study (NWRS) diterbitkan pada tahun 2011; dan
ii) National Water Balance Management System (NAWABS) pula sedang dilaksanakan dan dijangka selesai pada tahun 2020.
Manakala kajian oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pula adalah seperti berikut:
i) Kajian Penilaian ke atas Sumber Air Negara disebabkan oleh Kesan Perubahan Iklim (semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak);
ii) Kajian Bekalan Air Konjuntif (Alternatif) Peringkat Bandaraya untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) (maklumat tambahan seperti di Lampiran 3);
iii) Penyelidikan berkaitan Total Maximum Daily Load (TMDL) (maklumat tambahan seperti di Lampiran 4); dan
iv) Kajian pendekatan kawalan di punca bagi menangani dan mengawal masalah pencemaran yang bersifat domestik (greywater), minyak (oil and grease), sisa makanan (food waste), sampah kasar (solid waste) dan endapan (sediment).

Sekian, terima kasih. 

Attachments