Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

17 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

30

Soalan


DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [TASEK GELUGOR ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI minta menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara meluas serta besar-besaran.​

Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Penubuhan ladang hutan merupakan salah satu usaha untuk mendapatkan bekalan kayu yang berterusan, memulihkan kawasan miskin dan terosot kepada kawasan yang lebih produktif dengan mengenalpasti spesies cepat membesar dan bermutu tinggi sebagai bahan mentah untuk industri berasas kayu.
Kementerian dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil beberapa langkah pengawalan pembukaan kawasan ladang hutan iaitu;
1. Menghadkan keluasan zon ladang hutan kepada 439,189 hektar untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Pecahan zon yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara yang ke 68 pada tahun 2012 dan kawasan ladang hutan di dalam hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia sehingga Ogos 2018 sepertimana Jadual 1.
Jadual 1: Pecahan Zon Yang Diluluskan oleh MTN dan Keluasan Ladang Hutan Yang Ditanam Di Dalam HSK Semenanjung Malaysia Sehingga Ogos 2018
 
NEGERIKELULUSAN OLEH MTN PADA 2012 (Ha)KELUASAN LADANG HUTAN DENGAN TANAMAN (Ha)
Johor37,880.0036,212.88
Kedah15,380.003,599.30
Kelantan199,000.0036,846.29
Melaka--
Negeri Sembilan3,000.001,281.11
Pahang36,030.0024,249.44
Perak100,000.005,260.55
Perlis-671.00
Pulau Pinang--
Selangor11,000.006,164.92
Terengganu36,899.002,908.00
W. Persekutuan--
JUMLAH439,189.00117,193.49
2. Menguatkuasakan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 1/2010: Panduan Penilaian Ke atas Kawasan Dalam Hutan Simpanan Kekal Yang Dipohon Untuk Pembangunan Ladang Hutan di mana keutamaan diberi kepada kawasan hutan simpanan kekal yang berstatus miskin dan terosot sama ada disebabkan oleh pencerobohan, kebakaran, serangan perosak dan jangkitan penyakit;
3. Menguatkuasakan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 1/2017: Format Rancangan Pengurusan Ladang Hutan yang mewajibkan syarikat/pengusaha ladang hutan menyediakan Rancangan Pengurusan Ladang Hutan sebagai langkah untuk mengurus dan membangun kawasan ladang hutan dengan cekap dan berkesan; dan
4. Mewajibkan penyediaan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sepertimana yang diperuntukan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 untuk semua kelulusan penubuhan ladang hutan dalam hutan simpanan kekal.
Sekian, terima kasih.​

Attachments