Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

22 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

16

Soalan

TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah peratusan terkini kadar pembekalan air bersih dan elektrik di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman, dan berapakah pula peratusan bagi negeri Sabah dan Sarawak.​

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

1. Secara purata peratusan liputan bekalan air seluruh negara pada tahun 2017 sudah mencapai tahap 95.5%, iaitu 97.2% bagi kawasan bandar dan 94.1% di kawasan luar bandar. Secara detail, liputan air bersih di Semenanjung Malaysia adalah 96.7%, Sabah 99.8% dan Sarawak 99.8%. Sementara itu, liputan bekalan air di kawasan luar bandar bagi Sabah dan Sarawak ialah masing-masing 79.7% dan 81.2%.
2. Untuk makluman, bekalan elektrik adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Maklumat yang diperolehi daripada MESTECC adalah seperti berikut :-
Tahun
Kadar Liputan Bekalan Elektrik di Sabah (%)
Kadar Liputan Bekalan Elektrik di Semenanjung (%)

2014
94.06
99.83
2015
95.1
99.9
2016
96.0
99.92

Sekian, terima kasih.​

Attachments