Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

39

Soalan

​PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan penerangan terperinci mengenai penangguhan projek membina dan menaik taraf loji rawatan air terawat yang telah diumumkan di dalam Parlimen yang mulia ini pada sesi yang lepas.​​

Jawapan

​​

Tuan Yang di- Pertua,

1. Untuk makluman YB, kerja-kerja membina dan naik taraf 5 buah loji melibatkan LRA Jenun Baru, LRA Pelubang, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau dan LRA Lubuk Buntar Lama di Kedah yang telah diluluskan secara pinjaman dalam RP3 RMKe11 tidak pernah ditangguhkan. Sebaliknya Kerajaan Negeri Kedah pada ketika ini mengambil keputusan untuk menilai dan menyemak semula skop, kos dan keutamaan projek tersebut bagi memastikan pelaksanaan projek-projek tersebut dilaksanakan secara kos yang efektif. Selepas penilaian semula ini dibuat, kesemua projek ini dijangka dapat ditender pada pertengahan atau suku ketiga tahun 2019.

2. Saya juga ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan projek Off River Storage (ORS) Sungai Merbok dan Kerja-kerja Pembinaan Tangki Menara dan Penggantian Paip di kawasan Merbok dan Tanjung Dawai yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu melalui pembiayaan khas tidak akan diteruskan. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan mengesyorkan agar
3
pelaksanaan projek ini dibuat di bawah peruntukan pembangunan, atau development expenditure (DE), sekiranya masih diperlukan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments