Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

2

Soalan

YBTM JAWAB

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah jangkaan banjir pada penghujung tahun ini dan apakah langkah-langkah awal yang akan diambil terutama untuk kawasan Kuala Krai agar tragedi banjir 2014 tidak lagi berulang.​

Jawapan

YBTM JAWAB​​

Tuan Yang di-Pertua,

Merujuk kepada laporan Tinjauan Cuaca bagi tempoh Oktober 2018 hingga Mac 2019 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada November 2018 hingga Mac 2019. Hujan dijangkakan pada tahap yang normal (iaitu pada paras purata) dari November 2018 hingga Disember 2018 di Kelantan. Dengan jangkaan hujan ini, banjir di Negeri Kelantan dijangkakan pada tahap banjir normal tahunan.
Antara langkah-langkah awal yang akan diambil oleh Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) agar tragedi banjir 2014 di Kelantan tidak lagi berulang adalah :

1) Melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) – PRAB Fasa 1 melibatkan 3 lembangan sungai iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang. Projek PRAB Fasa 1 masih dalam pelaksanaan dan sedang diuji jalan. PRAB membolehkan agensi penyelamat dan orang ramai membuat persediaan awal sebelum kajian banjir berlaku bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa;

2) Membantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan kerja-kerja pemuliharaan sungai dan kolam-kolam takungan banjir pada tahun 2018 dengan menyalurkan peruntukan kepada JPS Negeri Kelantan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir; dan

3) Melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1. Kerajaan telah meluluskan PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM500 Juta. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh kontraktor yang dilantik bermula pada 29 Januari 2018 di mana kerja-kerja rekabentuk terperinci sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments