Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

27

Soalan

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status projek kawalan hakisan pantai di sepanjang Sungai Miri/Sungai Pagar dan Sungai Lada di WP Labuan yang mana ianya adalah perlu untuk diteruskan memandangkan hakisan yang sangat teruk sudah menghampiri jalan raya dan ianya adalah kawasan yang sesuai dibangunkan bagi tujuan pelancongan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek telah diluluskan di dalam RMKe-11 di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri. Perancangan dan reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja ukur telah siap dilaksanakan di tapak.

Sekian, terima kasih.​

Attachments