Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

30 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

49

Soalan

Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta Menteri Kewangan menyatakan jika ada apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kedah apabila Kedah menyahut desakan untuk menghentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan ulu Muda bagi menjamin bekalan air bagi negeri Pulau Pinang.​

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

​Kerajaan Persekutuan mengucapkan terima kasih dan tahniah atas komitmen tinggi Kerajaan Negeri Kedah terhadap tindakan mengatasi isu pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda yang dikaitkan dengan bekalan air mentah. Walau bagaimanapun, setakat ini Kerajaan Persekutuan belum lagi merangka sebarang cadangan untuk menyediakan pampasan atau ganti rugi kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.

Attachments