Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

31 October 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

6

Soalan

YB TIMBALAN JAWAB​

TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan tiada masalah catuan air akibat daripada pembocoran paip dan bilakah kali terakhir projek bekalan air luar bandar di Daerah Setiu diluluskan.​

Jawapan

YB TIMBALAN JAWAB​

Tuan Yang di- Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Air Terengganu (SATU) adalah di bawah seliaan kerajaan negeri. Berdasarkan Laporan Pencapaian Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi Tahun 2017, panjang paip air di daerah Setiu adalah 949.65 km, di mana 63.6 km atau 7% terdiri daripada paip jenis asbestos cement (AC). Berdasarkan rekod pihak SATU, setakat ini tiada catuan bekalan air yang dilaksanakan daerah Setiu akibat daripada paip pecah.
2. Walau bagaimanapun, di bawah Pelan Perniagaan bagi tempoh 2015 sehingga 2019, SATU akan mempergiatkan projek pemasangan paip di daerah Setiu untuk meningkatkan tekanan air agar pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi dan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah.
3. Selain itu, pihak di bawah Pendekatan 2 Program Pengurangan NRW Kebangsaan, pihak SATU juga akan melaksanakan pemasangan District Meter Zone (DMZ) di beberapa daerah di Terengganu termasuk Setiu bagi menjalankan kerja-kerja Active
3
Leakage Control (ALC) untuk memudahkan pemantauan kebocoran yang berlaku dan membaiki kebocoran tersebut dengan segera.
4. Untuk makluman juga, projek yang terkini melibatkan kampung-kampung di dalam daerah Setiu adalah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Terengganu Tahun 2017 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Maklumat daripada KPLB dimaklumkan bahawa terdapat 7 buah kampung di dalam daerah Setiu yang temasuk dalam senarai projek ini. Projek ini akan ditender semula pada 29.10.2018 secara tender terbuka.

Sekian. terima kasih​

Attachments