Tuan Yang di-Pertua,
1) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 (kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah RM300 juta) diteruskan dan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 23 April 2018 dan di jangka siap pada 22 April 2022.
2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang (kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah RM150 juta) diteruskan dan pada masa ini masih di peringkat perancangan dan reka bentuk. Kerja-kerja pembinaan dijangka bemula pada tahun 2019.
3) RTB Sibu Fasa 3 (kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah RM100 juta) diteruskan dan projek ini telah ditawarkan dan sedang dalam penyediaan reka bentuk.
4) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak (kos projek yang diluluskan dalam RMke-11 adalah RM150 juta dan tambahan kos bagi pengambilan tanah adalah RM41 juta menjadikan kos keseluruhan RM191 juta) diteruskan dan pelaksanaannya ditangguhkan ke tahun 2019 seperti diputuskan oleh pihak Kerajaan.
Sekian, terima kasih.