Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 November 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

2

Soalan

​​YB TIMBALAN JAWAB

DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendekatan baru Kerajaan untuk mengurangkan air tidak berhasil Non-Revenue Water (NRW) di seluruh negara. Beri data terkini NRW bagi setiap Negeri untuk tahun 2017 dan 2018.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

1. Sebagai badan kawalselia industri perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menetapkan sasaran NRW sebanyak 31% di bawah RMKe-11. Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan melaksanakan beberapa pendekatan baru seperti berikut:
(i) pembiayaan modal (CAPEX) oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada operator-operator air bagi program seperti penggantian paip-paip air lama jenis asbestos simen, penggantian meter air, perwujudan District Metering Zone (DMZ), penyediaan Geographical Information System (GIS) dan pembaikan dan penggantian tangki-tangki air yang rosak dan bocor;
(ii) pembiayaan secara langsung Kerajaan Persekutuan di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan melalui 2 pendekatan. Pendekatan 1 meliputi 7 negeri yang
3
mencatatkan paras NRW melebihi tahap 40% dengan fokus utama kepada pengwujudan data asas pengukuran NRW yang komprehensif dan tepat. Sementara di bawah Pendekatan 2, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan insentif dalam bentuk imbuhan balik dari 50% dan 75% daripada jumlah peruntukan yang dilaburkan sekiranya operator air berjaya mencapai sasaran penurunan NRW yang ditetapkan oleh SPAN;
(iii) kawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam 2 aspek:
a. sasaran pengurangan NRW dijadikan KPI utama dikenakan ke atas operator air. Melalui cara ini, ia mendorong operator air berusaha lebih gigih dalam mengurangkan NRW masing-masing; yang dan kawalan kualiti produk; dan
b. kawalan ke atas kualiti bahan dan produk yang boleh digunakan oleh operator air seperti kelengkapan, peranti, bahan, sistem dan kemudahan. Bahan dan produk ini juga perlu mematuhi standard yang diiktiraf dan berdaftar dengan SPAN; dan
4
(iv) peningkatan tahap kompetensi tenaga kerja dalam sektor air selaras dengan kehendak Seksyen 49, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). Ke arah ini, SPAN telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). CIBD akan membantu mengadakan siri latihan dan kursus kompetensi kepada tukang paip (pemegang permit A1 dan A2 dan C). Manakala JPK telah membantu membangunkan skim pentauliahan pekerja dan juga Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
2. Kedudukan NRW terkini bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:
(i) Pada tahun 2017, purata NRW kebangsaan ialah 35.3% dengan Negeri Melaka mencatat peratusan NRW terendah iaitu 19.6% manakala kadar NRW tertinggi dicatat oleh Negeri Perlis 60.7%.
(ii) Manakala purata NRW Kebangsaan bagi suku kedua tahun 2018 ialah 33.2%. Negeri Melaka masih mengekalkan rekod peratusan NRW terendah iaitu 20.7%, manakala Negeri Perlis kekal dengan peratusan NRW tertinggi iaitu di 63.3%.

Sekian, terima kasih.​

​

Attachments